Tarikh : 09 Mac 2016
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 9.00 Pagi
Tempat : Dewan SKPP
Gerhana matahari adalah satu fenomena Sains yang menakjubkan
dan jarang berlaku. Fenomena ini berlaku apabila matahari, bulan dan bumi
berada dalam satu garis lurus dan dalam masa yang sama bulan menghalang cahaya
matahari daripada sampai ke bumi. Keadaan ini akan menyebabkan suasana yang
cerah berubah menjadi gelap seketika. Pada 9 Mac 2016, seluruh kawasan di
Malaysia dijangka akan mengalami gerhana matahari separa di mana bulan hanya
menutupi sebahagian besar matahari sahaja berbanding di Indonesia yang akan
mengalami gerhana matahari penuh.Sungguh pun begitu, fenomena gerhana matahari
separa juga sangat menakjubkan untuk diperhatikan. Malah dalam Islam, fenomena
atau kejadian ini adalah merupakan tanda kekuasaan Allah s.w.t dalam mengatur
dan mentadbir seluruh alam semesta. Tidak dapat disangkal lagi bahawa
pengetahuan Sains tentang gerhana matahari sememangnya membuktikan kebesaran
Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment